
Statistik Terkini COVID-19 Seluruh Dunia, Situasi Semasa Di Malaysia
TERKINIMenurut statistik yang dikeluarkan oleh WHO mengenai kes menglibatkan COVID-19 di seluruh dunia setakat jam 8 pagi tadi (26 Februari), sebanyak 80,415 buah kes dilaporkan seluruh dunia dan daripada 80 ribu kes ini, 28,073 ribu berjaya sembuh dan telah meragut 2,709 nyawa.
Menurut senarai yang dikeluarkan, jumlah negara yang terlibat dengan kes COVID-19 adalah 38 dan setakat ini, paling banyak dicatatkan di China (77 ribu kes), Korea Selatan (977 kes), Itali (322 kes) dan Jepun (170 kes).
Sementara itu di Malaysia, ringkasan terkini sehingga 11 pagi semalam (25 Februari) menunjukkan negara kita mempunyai 22 kes namun 20 kes didapati telah pulih sepenuhnya dan telah discaj dari wad manakala 2 kes lagi iaitu kes ke-16 dan kes ke022 masih dirawat di wad dan keadaan mereka adalah stabil.
Menurut kenyataan KKM, terdapat 796 kes dalam pemantauan dan sehingga 23 Februari, lebih dari 7 juta orang telah disaring di Pintu Masuk Antarabangsa seluruh negara dan 27 daripadanya telah dirujuk ke hospital, namun dari jumlah tersebut hanya 2 kes disahkan positof COVID-19 setelah dikesan demam melalui thermal scanner.
KKM dalam masa yang sama akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang disampaikan oleh WHO selain memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan dan diteruskan.
Sumber : KPK