Satu Keluarga Termasuk Bayi Kembara di Eropah Dengan Tidur Dan Makan di Jalanan

PANAS
September 19, 2019 - 12:30 PM


Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan dengan satu keluarga dari Malaysia yang mengembara di Eropah dengan hanya tidur dan makan di jalanan. Lebih mengejutkan keluarga ini turut sama membawa seorang bayi bersama mereka.

Walaubagaimanapun, orang ramai mula mengecam tindakan keluarga dari Malaysia ini yang memilih untuk mengembara di jalanan yang dikatakan pentingkan diri sendiri. Bayangkan bayi yang berumur dalam lingkungan 2 tahun tidur dalam kesejukan di tepi jalan.

Menurut keluarga ini lagi, mereka juga makan dan minum di tepi jalan dan tidur di kerusi awam yang disediakan.

Demi menjimatkan perbelanjaan, mereka sanggup ambil risiko ini sanggup korbankan keselesaan family untuk berjimat.

Agak kejam juga cara mereka travel sebenarnya. Mungkin kalau tidak melibatkan bayi, kami masih boleh terima lagi kembara di jalanan. 

Satu lagi perkara yang membuatkan rakyat Malaysia agak bengan, situasi ini boleh mencemarkan nasi baik pelancong Malaysia.

Pesanan kami, kalau tak mampu tak perlulah nak menyusahkan diri travel di jalanan. 

Destination: 
;