Satu Taman Kecoh Apabila Seorang Wanita Secara Tiba-Tiba Membuang Air Besar Di Tengah Jalan

TERKINI
January 19, 2022 - 11:28 AM


Hanya kerana satu tindakan pelik yang berlaku, penduduk di kejiranan Parkwood Avenue, Scunthorpe menjadi trauma selepas mendapati seorang wanita sanggup berhenti di persimpangan jalan hanya kerana mahu membuang air besar.

Lapor Daily Star, wajah wanita itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana memakai pelitup muka dan perbuatan menjijikkan itu dikesan pada pukul 3.20 petang waktu tempatan, minggu lalu.

Seorang penduduk yang terkesima dengan kejadian itu sempat mengambil gambar wanita tersebut yang sedang membongkok dari tempat duduk penumpang sambil bercakap menerusi telefon bimbit. 

Seorang penduduk yang tinggal berdekatan jalan itu, Nicky Johnson berasa malu dengan kejadian tersebut. 

Katanya, semasa keluar dari rumah pada waktu petang dengan rakannya, dia terlihat sebuah kereta biru dengan pintu di bahagian penumpang terbuka. 

“Semasa saya cuba menghampiri kereta itu, wanita itu sudah menarik seluarnya ke atas dan masuk ke dalam kereta. Dia sempat merenung tajam ke arah saya.  

“Apa yang saya lihat adalah begitu banyak najis bersepah atas jalan,” katanya. 

Susulan itu, Johnson menghubungi pihak polis dan Majlis Perbandaran North Lincolnshire bagi membersihkan najis di kawasan tersebut. 

Sumber: Utusan