Selepas 7 Bulan Ditutup, Gunung Everest Kini Dibuka Semula
TERKINIGunung Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Selepas tujuh bulan ditutup, gunung ini bakal kembali beroperasi selepas Nepal membuka semula negaranya kepada pelancong. Tapi buat masa sekarang ni kemasukan pelancong adalah terhad lebih-lebih lagi buat pelancong yang hanya datang untuk pergi mendaki gunung ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Rudra Singh Tamang memaklumkan langkah mengehadkan pelancong tersebut adalah bagi memudahkan urusan dan kawalan. Untuk mendaki ke Gunung Everest, pelancong perlu mendapatkan persetujuan sebelum memberikan details tentang perjalanan mereka, sewa syarikat pakaian tempatan, dan ada insurans kesihatan yang merangkumi rawatan virus COVID-19.
Dan macam biasa semua pelancong kena lakukan ujian saringan terlebih dahulu di negara asal, dan kalau korang nak pergi mendaki Gunung Everest, ujian saringan di Malaysia. Lepas tu kena kuarantin selama satu minggu di hotel di Kathmandu, kemudian kena buat ujian saringan lagi sekali. Wow, semua ni mengambil masa yang agak lama hanya untuk daki Gunung Everest.
Bukan tu je, staff yang terlibat dengan pendakian seperti chef, malim gunung, dan pasukan sokongan juga diminta untuk melakukan ujian saringan bagi memastikan virus tersebut tidak merebak. Sekarang ni Nepal dah melaporkan 176,500 kes positif dan 984 kematian. Min rasa kalau korang betul nak sangat mendaki Gunung Everest ni, korang tunggu dulu.
Kalau betul nak lepaskan gian korang untuk mendaki gunung, korang pergi lah daki Gunung Kinabalu. Memang best dan pemandangan di atas sangat menakjubkan. Siap ada salji lagi tau, tapi agak rare la untuk salji tu terbentuk. Cumanya kalau nak mendaki Gunung Kinabalu, korang kena pakai baju tebal-tebal. Memang tak sangka sejuk sampai macam tu sekali.
Sumber: Astro Awani