Selepas 800 Tahun, Arkitek Menara Condong Pisa Akhirnya Disahkan

TERKINI
December 23, 2019 - 03:26 PM


Pakar arkeologi dari sebuah university di Pisa dipercayai telah merungkai dan mengenalpasti identiti individu yang terlibat dalam pembuatan menara condong yang juga merupakan salah satu tarikan pelancongan popular iaitu Menara Condong Pisa.

Individu yang bernama Bonanno Pisano menjadi sebuah misteri untuk sekurang – kurangnya 800 tahun selepas ‘menghilangkan diri’ kerana malu bangunan rekaan dan binaannya didapati condong.

Menurut Professor Ammannati, seorang pakar pengkaji bidang paleografi, Pisanno meninggal dalam keadaan malu sebelum dapat mengetahui rekaannya menjadi salah sebuah bangunan paling ikonik dalam dunia.

Pada tahun 1838, sebuah batu berukir nama Bonanno dalam bahasa latin ditemui pada dasar menara berkenaan. Menurut pakar pengkaji, tulisan berkenaan berjaya diterjemahkan dan ia jelas berbunyi “ Saya, yang secara tidak sengaja telah mendirikan karya luar biasa ini yang di atas semua yang lain, adalah penduduk Pisa dengan nama Bonanno”.

Ini menguatkan lagi kesemua teori yang mengaitkan Bonanno sebagai individu yang mendirikan menara Pisa. Pada asal pembinaannya pada 1173, Bonanno dedikasikan binaan tersebut kepada ‘tuhan’ dan apabila para pembina selesai membina tingkat ke-3, baru mereka perasan yang binaan tersebut sebenarnya tidak lurus. Malu akan kejadian tersebut, Bonanno menghilangkan diri.

 

Sebelum ini, menara yang menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO ini dipercayai dibina oleh dua orang arkitek dengan nama Gherardo di Gherardo dan Giovani di Simone.

Ini bukanlah kali pertama nama Bonanno Pisano ‘naik’ sebagai pembina menara condong Pisa, sebaliknya pada abad ke 16 lagi, seorang Biographer telah menyebut nama Pisano ini sebagai individu yang bertanggungjawab membina The Leaning Tower Of Pisa.

Difahamkan, Bonanno jugalah yang mereka pintu gangsa yang ada di Gereja Pisa.