Kapal Persiaran Bakal Hancurkan Keindahan Venice, Itali

TERKINI
June 24, 2021 - 07:57 PM


Jika sebelum ini Venice, Itali sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang dikagumi keindahannya -- namun kini bandar itu terancam akibat kapal-kapal persiaran yang berlabuh di kawasan sekitarnya.

Meskipun larangan terhadap kapal persiaran berkenaan telah dikeluarkan awal tahun ini, tetapi kapal-kapal gergasi itu masih juga kembali ke Venice.

Sekiranya kerajaan Itali masih gagal dalam membendung tindakan kapal persiaran dari memasuki Venice secara lebih keras, Venice bakal diletakkan dalam "Senarai Bandar Raya Terancam" pada sidang pleno oleh UNESCO yang akan bermula 16 hingga 31 Julai ini.

Jika diluluskan kelak, kerajaan Itali perlu mengambil langkah segera yang lebih tegas menjelang Februari depan.

Untuk rekod, pada 12 Mei lepas -- Dewan Rakyat Itali telah meluluskan dekri melarang kapal persiaran berlabuh di Venice kerana boleh menjejaskan keindahan bangunan bersejarah di bandar raya ini dan merosakkan keunikan ekosistem lagunnya.

Bahkan, pada Jun 2019 dilaporkan terdapat sebuah kapal persiaran merempuh tembok penghadang.

Sumber: Harian Metro

Destination: