Selepas Venice, Itali - Kini Giliran Sungai Melaka Pula Kembali Jernih!

TERKINI
April 24, 2020 - 04:18 PM


Lagi berita gembira untuk penghuni alam yang semakin 'sembuh' daripada pencemaran akibat tangan-tangan manusia.

Jika sebelum ini beberapa destinasi pelancongan dunia seperti di Venice, Itali yang air terusannya semakin jernih, pantai di Peru yang menjadi tempat persinggahan bermacam jenis burung dan Banjaran Himalaya yang setelah 30 tahun akhirnya jelas kelihatan dari jarak jauh -- kini giliran negara kita pula mengikut jejak langkah sama.

Viral di media sosial apabila ramai pengguna Twitter yang berkongsi gambar Sungai Melaka yang semakin jernih hingga jelas kelihatan ikan berenang-renangan dari dasarnya setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih sebulan sejak 18 Mac lepas.

Sungai Melaka yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Melaka River Cruise sebelum ini pernah berdepan dengan tahap pencemaran yang teruk hingga menyebabkan air sungai berwarna gelap, busuk dan terdapat banyak bangkai ikan ditemui terapung.

Namun kini sejak penularan pandemik COVID-19 hingga memaksa aktiviti pelancongan dihentikan dan rakyat duduk di rumah -- nampaknya memberikan satu perubahan positif terhadap Sungai Melaka yang dilihat semakin 'sihat', meskipun ada juga yang mendakwa situasi air jernih itu sudah bermula sejak sebelum PKP lagi.

Apa yang lebih penting, alam kini sememangnya sedang berehat dan kembali 'tenang' daripada hiruk-pikuk kehidupan manusia. 

Mungkin inilah hikmahNya yang sedang ditunjukkan Tuhan kepada kita daripada ujian wabak COVID-19.

Diharap semoga kejernihan Sungai Melaka ini akan berkekalan meskipun selepas tamatnya tempoh PKP nanti. Jangan buang sampah merata-rata dan marilah kita jaga kebersihan sungai bersama-sama! 

Sumber: @FLjasmy@safaincy

Baca Juga: Pertama Kali Dalam Tempoh 60 Tahun, Air Terusan Venice Kembali Jernih Gara-Gara Darurat Di Itali

Baca Ini: Pantai Popular Di Peru Kini Bertukar 'Pengunjung' Gara-Gara COVID-19

Artikel Berkaitan: Pertama Kali Dalam Tempoh 30 Tahun, Akhirnya Pergunungan Himalaya Dapat Dilihat ...

 

Destination: