Pantai Popular Di Peru Kini Bertukar 'Pengunjung' Gara-Gara COVID-19

TERKINI
April 16, 2020 - 02:09 PM


Pantai Agua Dulce di Peru sering menjadi lokasi tarikan pelancong dari serata dunia, hinggakan setiap hari pantai tersebut dikunjungi oleh 40,000 orang dan menyebabkan ia terus bertukar menjadi lautan manusia.

Jumlah itu menjadi semakin bertambah apabila tiba waktu kemuncaknya iaitu pada musim panas bermula Disember hingga Mac.

Kadang-kala persisiran pantai sejauh 20 kilometer itu juga sentiasa sesak dan sukar untuk melihat ada ruang kosong di antaranya kerana dipenuhi dengan kehadiran pelancong yang gemar bersantai di bawah payung berwarna-warni di pantai itu.

Namun selepas tercetusnya penularan pandemik COVID-19, pantai itu terus bertukar pengunjung daripada manusia kepada aneka jenis burung yang menjadikannya sebagai tempat persinggahan.

Pemandangan itu kini bertukar 360 darjah apabila pesisir pantai menjadi sunyi sepi umpama tiada penghuni sejak Presiden Peru, Martin Vizcarra mengeluarkan arahan 'lockdown' berikutan jangkitan wabak COVID-19 di negara itu.

Setelah 10 hari diisytiharkan darurat, kawasan pantai itu kelihatan lebih tenang dan bersih serta mula menerima kehadiran kumpulan burung-burung yang bebas berterbangan.

Malah, jambatan pejalan kaki yang biasanya padat dipenuhi pengunjung untuk ke pantai tersebut juga kosong dan sepi.

Sehingga kini (16 April), Peru telah mencatat 11,475 kes COVID-19 dengan jumlah kematian mencecah 254 orang. 

Kes pertama di Peru dilaporkan pada 6 Mac lalu.

Sumber: News18

Destination: