Selepas Thai Airways, Kini Giliran Singapore Airlines Pula Jadikan A380 Sebagai Restoran

PANAS
October 01, 2020 - 01:26 PM


Jika sebelum ini Singapore Airlines telah memperkenalkan idea luar biasa dengan menawarkan penerbangan tanpa destinasi demi meneruskan survival yang makin menjejaskan dunia aviation, terbaru Singapore Airlines merancang untuk menukar salah satu pesawat penumpang terbesar dunia menjadi restoran dan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pelanggan.

Idea mengubah pesawat menjadi restoran bukanlah sesuatu yang baru, sebelum ini kita lihat Thai Airways juga telah mengambil langkah yang drastik dengan mengubah kafe ibu pejabat Bangkok menjadi restoran yang bertemakan syarikat penerbangan, ia dihiasi dengan tempat duduk pesawat serta pekerja restoran yang berpakaian kru kabin.

Begitulah keadaan yang dialami oleh syarikat penerbangan Singapore Airlines buat masa sekarang. Negara seberang tambak itu nampaknya cukup terjejas di sebabkan tiadanya penerbangan domestik.

Selain menukar menjadi restoran dan perkhidmatan penghantaran makanan, Singapore Airlines juga menawarkan lawatan buat para pelanggan bagi merasai sendiri pengalaman di pusat latihan mereka.

Buat para pelanggan yang ingin merasa sendiri pengalaman menjamu selera di atas kapal terbang bertingkat A380, pesawat penumpang terbesar dunia. Mereka boleh memilih kelas kabin dan menu berbeza yang akan disediakan oleh chef antarabangsa. Lebih unik lagi, pelanggan yang hadir dengan memakai pakaian tradisional akan menerima hadiah istimewa.

Sekiranya pelanggan mahu makanan mereka dihantar ke rumah, Singapore Airlines akan menyediakan video selamat datang, panduan cara memanaskan makanan serta senarai lagu yang disediakan khas bagi tujuan untuk mencipta semula pengalaman berada di atas kapal terbang.

 

Artikel berkaitan