Selit Unsur LGBT, Filem Disney Lightyear Tidak Akan Ditayang Di Malaysia!

TERKINI
June 14, 2022 - 04:25 PM


Filem animasi Disney, Lightyear nampaknya tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia minggu ini. Lightyear yang dijadualkan untuk tayangan pada 16 Jun nampaknya tidak akan tersedia di pawagam Malaysia kerana mempunyai unsur-unsur LGBT di dalam filem tersebut. 

Lightyear, filem ini menceritakan kisah sebenar Buzz Lightyear, seorang ranger angkasa yang popular lebih-lebih lagi kepada peminat Toy Story. Ramai juga yang ternanti-nanti untuk menontonnya kerana peminat dapat mengetahui latar belakang Buzz yang selama ini dianggap sebagai hero angkasa.

Adegan LGBT yang ditampilkan  melibatkan karakter salah seorang space ranger bernama Alisha yang membina keluarganya bersama seorang perempuan, iaitu pasangan sejenis. Keduanya lalu berciuman di bibir.

Buat sementara ini, pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia tidak memberikan sebarang kenyataan, tetapi poster filem animasi ini sudah tidak tersedia di laman web pawagam seperti GSC dan TGV. Jadi, memang betul tayangan filem ini dibatalkan di Malaysia ataupun mungkin ditunda untuk diedit oleh studio terkenal itu.

Sumber: gamersantai.com

Destination: