Sempadan Darat Malaysia-Singapura Dibuka 1 April Dengan SOP Baharu!

TERKINI
March 25, 2022 - 10:55 AM


Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia adalah terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat.

Jelas beliau lagi, check point darat juga akan dibuka semula selama tempoh 24 jam sehari.

“Sehubungan itu, berikut adalah protokol khusus bagi semua pengembara yang melalui sempadan darat Malaysia-Republik Singapura:

“Pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.

“Mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin, melakukan pengujian COVID-19 sebelum berlepas; dan melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan.

“Manakala bagi semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 yang melalui sempadan udara Malaysia-Republik Singapura, mereka hanya perlu melakukan pengujian COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum berlepas.

“Mereka tidak menjalani kuarantin dan melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Jelas Khairy lagi, tiada had kekerapan ditetapkan bagi kenderaan yang menggunakan laluan darat dan juga penerbangan udara.

Katanya, kedua-dua kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada syarikat penerbangan untuk menentukan jumlah penerbangan masing-masing.

Destination: