Semua Info Penting Dari Perutusan Perdana Menteri Berkenaan PKP Terkini

TERKINI
January 11, 2021 - 06:44 PM


Akhirnya, Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi sudah pun menjawab persoalan PKP yang ditanya-tanya oleh rakyat Malaysia. Sepertimana yang diberitahu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, terdapat 6 buah negeri yang bakal menerima perlaksanaan PKP iaitu:

  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Pulau Pinang
  • Labuan
  • Melaka
  • Johor

Tempoh PKP pada kali ini adalah selama 2 minggu yang bermula dari 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021. Tempoh yang sama juga diberikan untuk 6 negeri lain yang diletakkan di bawah PKPB. Negeri yang dimaksudkan adalah:

  • Pahang
  • Perak
  • Negeri Sembilan
  • Kedah
  • Terengganu
  • Kelantan

Bagi negeri Perlis dan Sarawak pula, mereka akan dikenakan PKPP selama dua minggu seperti negeri-negeri di atas. Aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai seperti kenduri kahwin dan perarakan keagamaan (termasuk Thaipusam) juga tidak dibenarkan. 

Aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara. Dan bagi kawasan PKP, rentas daerah juga tidak dibenarkan. Hanya 30% pekerja kumpulan pengurusan dibenarkan masuk ke pejabat untuk urusan kerja. Antara sektor yang dibenarkan beroperasi seperti biasa adalah:

  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Perkhidmatan
  • Perdagangan
  • Pengedaran
  • Perladangan dan komoditi

Manakala perkhidmatan 'take-away' sahaja yang dibenarkan di kedai makan dan gerai di dalam kawasan PKP. Untuk kawasan PKPB pula, mereka dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Jangan risau, pasar raya, klinik, hospital, farmasi, dan bank dibenarkan beroperasi namun pada tahap berjaga-jaga. Untuk rumah ibadat pula, hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan termasuk dari ahli jawatankuasa masjid di kawasan PKP. 

Arahan bekerja dari rumah juga turut dikuatkuasakan bagi sektor yang tidak tersenarai dalam perkhidmatan penting. Untuk pelajar calon SPM sesi 2020 dan 2021, mereka dibenarkan hadir ke sekolah tetapi perlu mematuhi SOP yang ketat. KKM akan membuat penilaian risiko berterusan bagi memastikan sama ada PKP akan tamat atau diteruskan selepas tempoh 2 minggu.

Sumber: Bernama

Destination: