Seorang Wanita Terkejut Ditinggalkan Ejen Pekerjaan Setelah Positif Covid-19

TERKINI
September 24, 2021 - 04:33 PM


Siti Rohani yang baru sahaja lengkap vaksinasi teruja untuk menerima satu peluang pekerjaan sebagai seorang operator di sebuah kilang di Perai, Pulau Pinang. Namun, sebaliknya yang berlaku.

Sekitar 7.30 pagi pada hari Rabu, 15 September, seorang ejen pekerjaan pada awalnya mengambil beliau di rumah bersama sepupu di bawa ke kilang. Setelah mengisi beberapa borang, mereka dikehendaki untuk menjalani swab test.

Pada ketika itu, mereka dibawa ke klinik untuk swab test tersebut menaiki bas kilang dan ejen itu masih ada bersama mereka. Sejurus menerima keputusan swab test ternyata Siti Rohani seorang sahaja yang positif.

Akibat risau akan keselamatan pekerja lain, ejen tersebut nekad untuk meninggalkan beliau dan meminta beliau untuk pulang sendiri ataupun ke hospital.

"Saya amat terkejut, kerana pada ketika itu saya hanya ada RM 4 dan saya tidak tahu kawasan tersebut" kata Siti Rohani.

"Walau bagaimana pun saya terus berjalan tanpa arah tuju dari 11 pagi dan sampai di sebuah restoran sekitar jam 2 petang lalu membeli air kerana dahaga" jelas beliau kepada Harian Metro kerana pada ketika itu beliau hampir pengsan akibat tekanan darah rendah.

Menurut beliau, beliau terpaksa berhenti berjalan buat beberapa kali akibat kepenatan dan sejurus tiba di restoran tersebut, beliau order minuman dan memberitahu yang beliau positif.

"Saya kena jujur, kerana takut orang lain akan dijangkiti dan syukur, anak tuan restoran tersebut membantu dengan menghubungi pihak hospital dan mereka hantar satu ambulans untuk membawa saya pulang".

Destination: