Seorang Warga Emas Maut Dilambung Kereta Api

TERKINI
December 17, 2021 - 09:24 AM


Baru-baru ini di negara jiran, dilaporkan seorang warga emas terpelanting sejauh 15 meter selepas dirempuh sebuah kereta api dalam kejadian yang berlaku di kampung Tangkil di wilayah Blitar. 

Mangsa dikenali sebagai Suratin, 64, merupakan peniaga lontong di kawasan tersebut. Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa melambung dan maut serta-merta di tempat kejadian.

Setelah disiasat, mangsa dikatakan dirempuh kereta api Brawijaya yang dalam perjalanan menuju ke bandar Malang.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa sedang berjalan arah bertentangan pengangkutan itu sebelum dirempuh kereta api,” katanya.

Polis masih tidak dapat mengesahkan sama ada kejadian itu merupakan kemalangan atau mempunyai unsur jenayah. Kes ini akan disiasat dengan lebih lanjut bagi mengenal pasti punca utama.  

Destination: