Serbia: Lelaki Tinggal 20 Tahun Dalam Gua Keluar Untuk Dapatkan Vaksin
TERKINIOrang duduk gua pun keluar untuk dapatkan vaksin, apa alasan korang?
Di Serbia, selepas hampir 20 tahun lelaki yang bernama Panta Petrovic membuat pilihan untuk hidup di dalam sebuah gua kecil di Serbia untuk mengelak daripada berhadapan dengan masyarakat, keluar dari guanya bagi mendapatkan suntikan vaksin.
Tahun lepas, Panta melawat pekan yang berhampiran dan mendapati negara sedang dilanda pandemik, dan selepas mendapati yang vaksin telanpun boleh didapati, dia langsung terus mendapatkannya dan turut menyeru orang ramai untuk mendapatkannya juga.
"Virus tersebut tidak memilih, ia boleh datang ke gua saya juga." - Panta
Panta tinggal di sebuah gua yang hanya boleh diakses dengan dakian yang ekstrem dan memang bukan semua orang mampu 'melawat' Panta. Guanya dilengkapi tab mandi yang digunakan sebagai tandas, dan beberapa buah kerusi dan rumput kering yang dijadikan katil.
Panta dulunya seorang buruh di bandar Pirot dan baginya hidupnya ibarat sebuah ribut, dan dia merupakan seorang pencinta alam. Kemudian Panta mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada masyarakat, katanya ianya memberikan sebuah rasa tenang yang susah untuk dia cari sebelum ini.
Panta hidup dengan memakan cendawan dan ikan dari anak sungai yang berdekatan, dan kadang-kadang dia akan turun ke pekan bagi mencari sisa makanan.
Panta juga membela binatang yang dulunya diletakkan di dalam gua, namun selepas berlaku beberapa kejadian serangan serigala, Panta memindahkan haiwan peliharaanya ke sebuah reban yang dia bina berdekatan dengan pekan.
Haiwan peliharaannya termasuk kambing, ayam, 30 ekor anjing dan kucing, dan kegemarannya, seekor babi hutan bernama Mara. Mara yang seberat 200kg itu cukup manja dan hanya memakan buah epal.
Sebelum menyendiri, Panta mendermakan kesemua wangnya untuk membina 3 buah jambatan di pekannya dulu. Menurutnya, duit merosakkan manusia, menyumbang kepada korupsi di dalam masyarakat.