Siapa Cepat Masuk Percuma, Siapa Lambat Dapat Diskaun Di Menara KL Dan Alor Setar

PANAS
March 17, 2021 - 05:53 PM


Dah 2 bulan Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar tutup disebabkan PKP, kini dorang akan beroperasi semula untuk orang ramai, dan dorang ada promosi yang syok bermula 17 Mac hingga 16 April 2021.

Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd yang juga menguruskan Menara Alor Setar menawarkan promosi Super Deal yang akan memberikan tiket percuma kepada 100 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur, dan di Menara Alor Setar, 25 pengunjung pertama akan diberikan tiket percuma. 

Siapa cepat, dia dapat, tapi yang lambat macam mana? Jangan risau, pengunjung 101 ke atas di KL, dan 26 ke atas di Alor Setar akan diberikan 50% diskaun! Selain daripada itu, kalau korang nak naik Sky Deck Menara KL, hanya RM24 dewasa (harga asal RM71) dan RM12 kanak-kanak (harga biasa RM37). Murah gila!

Di Alor Setar pula, RM20 dewasa (harga asal RM48) dan RM10 kanak-kanak (harga asal RM28) untuk lawatan ke Star View, Menara Alor Setar. Mereka menawarkan promosi ini untuk merancakkan lagi industry pelancongan domestik yang kini terjejas akibat pandemik. Jadi rakyat Malaysia, jom jalan-jalan dalam negara! 

Pihak pengurusan kedua-dua menara telah mengambil semua langkah bagi mematuhi SOP kerajaan, jadi korang jangan risau okay!

Artikel berkaitan