Pengemis Zaman Moden Meminta Sedekah Menggunakan QR Pay

TERKINI
October 29, 2021 - 11:24 AM


Biasanya kalau peminta sedekah datang pada kita, time tu la duit kecik tak ada atau kita langsung tak bawak cash memandangkan kita sekarang banyak berurusan menggunakan kad. Namun lain ceritanya di negara China apabila peminta sedekah di sana menggunakan QR Pay untuk menerima sedekah.

Kaedah ini dikatakan sudah berlaku semenjak 2 tahun lepas dan ianya semakin berluasa semenjak musim covid 19 menyerang negara tersebut. Mungkin jika dipikir logiknya, duit boleh menjadi faktor penyebaran covid-19 maka langkah yang terbaik boleh dilakukan adalah dengan meminta sedekah menggunakan duit digital.

 

@daddyepul

Negara kita belum sampai lagi level ni.

♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

Rata-rata netizen berasa kagum dengan tindakan pengemis di sana dan mengatakan Malaysia juga boleh menggunakan kaedah yang sama kerana ia dilihatkan sebagai cara yang inovatif untuk diaplikasikan.

Semoga Malaysia juga akan memulakan cara seperti China kerana kaedah ini sangat memudahkan urusan orang ramai. Ini akan menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kaedah tersebut seperti negara-negara maju yang lain.

Destination: