COVID-19: Situasi Terkini Di Malaysia [Update 5 Mac 2020]

TERKINI
March 03, 2020 - 09:49 AM


Menurut kenyataan terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 2 Mac 2020, tiada kes baharu jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dilaporkan di Malaysia.

Sehingga hari ini (semalam) jumlah kumulatif kes COVID-19 kekal 29 kes; 17 kes dalam kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) , 10 orang kalangan kontak rapat dan dua  rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Daripada jumlah tersebut, 15 adalah warganegara China, 11 warganegara Malaysia dan 3 lagi merupakan lain-lain warganegara iaitu Jepun, Amerika dan Itali.

Daripada 29 kes positif ini, 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj, manakala 7 lagi masih menerima rawatan di wad isolasi di beberapa hospital di Lembah Klang. Kesemua kes dalam keadaan stabil.

Sementara itu, 221 orang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dengan 7 kes yang masih dalam rawatan di hospital dan daripada jumlah 221 orang ini, 2 telah disahkan positif iaitu kes-27 dan kes-29. 74 orang disahkan negatif dan 82 kes lagi masih menunggu keputusan makmal dan 63 kes dalam proses pengambilan sampel.

Merujuk kepada gelombang pertama COVID-19 yang berlaku di negara ini, ia merupakan kes import atau berkait rapat dengan negara China dan hanya 2 kes transmisi tempatan. Dalam tempoh berkenaan, 22 kes telah pulih dan discaj.

Sementara itu, pihak KKM menasihatkan supaya tidak menularkan berita yang tidak sahid dan tidak disahkan oleh KKM bagi mengelakkan situasi panik dan kesemua siasatan ke atas kes positif COVID-19 serta pengesanan kintak dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu :

Kontak rapat disini bermaksud mereka yang berhubung rapat dengan kes yang disahkan positif COVID-19 dan mereka yang mempunyai kontak rapat dalam lingkungan 1 meter tanpa memakai Personal Protective Equiptment (PPE) atau mereka yang tinggal dalam satu rumah yang sama.

Mereka yang dalam kategori rapat kes positif sahaja yang akan disaring dan diambil sampel bagi ujuan pengesanan dan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang disyaki dijangkiti COVID-19 dan belum disahkan melalui ujian makmal tidak dikategorikan sebagai kontak.

Dalam pada itu, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti mencuci tangan dengan air dan sabun atau dengan menggunakan hand sanitiser.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

[UPDATE]

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan dua lagi kes jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan positif kepada 112 di republik itu.

Dalam satu kenyataan, MOH berkata, kes membabitkan seorang lelaki berusia 43 tahun, pemastautin tetap Singapura yang tidak mempunyai sejarah perjalanan terkini ke negara atau wilayah yang terjejas dengan virus itu.

Lelaki itu kini diasingkan dalam sebuah bilik di Hospital Universiti Nasional (NUH) selepas keputusan ujian berikutnya mengesahkan dia positif Covid-19 pada 3 Mac, kata kenyataan itu.

Sebelum dimasukkan ke hospital, MOH berkata, dia selalu berada di rumahnya di Jalan Compassvale

Satu lagi kes membabitkan seorang wanita warga emas berusia 62 tahun, rakyat Singapura yang juga tidak mempunyai sejarah perjalanan terbaharu ke negara dan wilayah yang terjejas.

Wanita itu bekerja di Creative O Preschoolers’ Bay, International Business Park sebagai staf bukan pengajar dan berkait dengan Kes 94, seorang wanita rakyat Singapura berusia 64 tahun yang disahkan menghidap Covid-19 pada 26 Februari.

Mengenai perkembangan terkini kes yang disahkan, MOH berkata, satu lagi kes jangkitan Covid-19 didiscaj dari hospital hari ini, menjadikan jumlah kes yang didiscaj kepada 79.

Kes ke-79 itu ialah seorang lelaki rakyat Singapura berumur 57 tahun yang tiada sejarah perjalanan terkini ke China dan mempunyai kaitan dengan kluster di Grace Assembly of God.

Daripada 33 kes disahkan yang masih berada di hospital, MOH berkata, kebanyakan mereka dalam keadaan stabil atau beransur pulih sementara tujuh lagi dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Setakat tengah hari ini, kementerian mengenal pasti 3,204 kontak rapat yang dikuarantin.

COVID-19: Pertumbuhan ekonomi global dijangka menurun - IMF

DANA Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan pertumbuhan global pada 2020 akan menurun susulan impak penularan COVID-19 terhadap keadaan ekonomi.

Menurut Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva, kejutan kepada ekonomi ini adalah luar biasa dan memberi kesan kepada penawaran dan permintaan.

"Sekarang masanya untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya wabak ini menjadi semakin teruk," kata Georgieva pada Rabu. 

Dalam masa yang sama, Presiden Bank Dunia, David Malpass menyatakan ia akan memberikan respons fleksibel yang pantas dalam menyampaikan bantuan yang boleh menyelamatkan nyawa.Dalam masa yang sama, kedua-dua institusi berkenaan turut mengumumkan dana kepada negara dengan pendapatan rendah.

Sementara itu, Georgieva menyifatkan penularan COVID-19 adalah masalah global yang perlukan penyelesaian global.Tambahnya, pertumbuhan 2020 dijangka akan lebih rendah daripada tahun 2019 akibat penularan penyakit tersebut.