Skuter Elektrik Dah Tak Dibenarkan Di Dataran Merdeka Ya!

TERKINI
June 07, 2022 - 02:01 PM


Aktiviti skuter elektrik di Dataran Merdeka TIDAK DIBENARKAN kerana ia adalah sebahagian jalan awam yang tidak diwartakan untuk aktiviti berkenaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan tindakan itu selari dengan arahan kerajaan baru-baru ini bahawa tiada kebenaran diberikan terhadap aktiviti skuter elektrik di jalan awam kecuali di kawasan yang telah diwartakan.

Kredit: sharulnizam.com

DBKL turut memaklumkan pihaknya sebelum ini telah menyita dua skuter elektrik yang disewakan kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan.

"Tiada kebenaran dikeluarkan oleh DBKL di Dataran Merdeka bagi tujuan aktiviti skuter ini. Anggota penguat kuasa juga telah membuat laporan polis terhadap pengendali aktiviti skuter ini kerana telah menghalang tugas penjawat awam dan skuter elektrik yang disita telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras," menurut kenyataan itu.

26 April lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan berkata kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) adalah dilarang penggunaannya di atas jalan berkuat kuasa serta-merta.

Moped adalah kenderaan yang dipasang dengan dua atau tiga roda dan dipacu oleh sumber elektrik dengan kelajuannya tidak melebihi 50 kilometer sejam (km/j).

PMD dan PMA pula adalah kenderaan yang dipacu oleh kuasa manusia atau elektrik dengan kelajuan tidak melebihi 25 km/j seperti skuter elektrik dan kenderaan bagi kegunaan individu yang mempunyai masalah pergerakan.

Kredit: ujieothman.blogspot.com

Sumber: BERNAMA

Destination: