"Sorakan Pemain Ke-12 Punca Harimau Malaya Hilang Fokus" - Faizal Azumu

TERKINI
June 14, 2022 - 11:24 AM


Ahmad Faizal Azumu menyifatkan faktor luaran seperti sorakan lebih 63,000 penyokong Harimau Malaya ketika perlawanan menentang Bahrain kelmarin sebagai punca pemain hilang fokus.

Faizal berkata sorakan padu penyokong ketika itu mampu menyebabkan pemain terlepas peluang untuk menjaringkan gol sekaligus menyumbang kepada kekalahan skuad negara kepada Bahrain.

“Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.

“Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain.

“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit,” katanya.

Namun, rata-rata semua penyokong pasukan kebangsaan tersinggung dan kecewa dengan kenyataan tersebut. Beliau sedar akan kesilapan beliau dan telah memohon maaf.

Malam ini, pasukan kebangsaan akan bertemu Bangladesh untuk mencapai matlamat yang utama iaitu kemenangan dan berharap untuk layak ke Piala Asia 2023 kelak. Ayuh bangkit bersama Malaysiaku!

Destination: