Sunway Lagoon Dibuka Semula Kepada Pengunjung
TERKINITaman tema Sunway Lagoon akan dibuka semula esok selaras kelonggaran dalam fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN). Taman tema yang berluas 88 ekar itu akan beroperasi dengan kapasiti pengunjung sehingga 50 peratus sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Theme Park Calvin Ho berkata “Kita mempunyai prosedur keselamatan yang tinggi semasa penutupan sementara baru-baru ini dengan menambah baik tatacara operasi piawai (SOP) sedia ada.
“Selain kerap melakukan kerja sanitasi dan pembersihan di tempat sering disentuh selain mengehadkan permainan serta tarikan tertentu, pondok awam yang menempatkan kumpulan besar kini ditukarkan menjadi pondok kabana peribadi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pemantauan pelaksanaan SOP dan pelancaran Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 di Sunway Lagoon di sini semalam.
Sempena pembukaan semula taman tema tersebut, pihak sunway lagoon akan memperkenalkan SOP dan pelancaran Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0. Calvin turut menambah sempena pembukaan semula taman tema, pihaknya juga memperkenalkan aktiviti berkelah ‘Camp Out! at Sunway Lagoon’ sebagai tarikan baharu.
“Kita faham ramai pengunjung pengunjung rindu untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga di tempat terbuka yang lebih selamat dan terjamin.
“Aktiviti ini memberikan kesinambungan pengalaman Best Day Ever (hari terindah selamanya) kepada pengunjung dari pagi hingga keesokan hari,” katanya.
Pakej promosi ini ditawarkan dengan harga RM598 untuk dua orang manakala ahli (418). Pakej berkenaan termasuk tiket masuk, makan malam BBQ, sarapan pagi dan baucar makanan berharga RM10. Maklumat lanjut boleh hubungi 03-56390000 atau emel [email protected].