Syarikat Green Motion Scam Pelancong Malaysia, Kerugian Lebih 5 Ribu!

TERKINI
December 18, 2019 - 02:18 PM


Sebuah perkongsian pemilik FB bernama Nadia Nadia di group Backpackers Buddies Malaysia menceritakan pengalaman ‘ngeri’ discam semasa percutiannya ke Eropah baru – baru ini.

Menurut Nadia, scam yang dilakukan oleh syarikat Green Motion ini sememangnya diakui oleh pihak polis di UK namun tiada tindakan yang boleh diambil kepada syarikat berkenaan.

Menurut cerita, pemilik akaun tersebut telah menyewa kenderaan disana. Disebabkan ada sedikit kesan calar, syarikat berkenaan meminta ganti rugi selain mengambil deposit. Kerugian dikatakan £1000 yang mana kalau ditukar ke duit Malaysia, hampir RM5.5 ribu jugaklah.

Berikut adalah gambar yang dikongsikan; tak munasabah kalau calar sebegitu (dan disebabkan penyewa sebelum itu), deposit diambil dan perlu tambah sehingga 1000 pound! 

Kalau diikutkan, rekod syarikat Green Motion ni memang tak cantik, ada banyak review negatif di TripAdvisor dan Google dan disana secara terang – terangan mengatakan syarikat ini adalah sebuah scam.

Kes lain melibatkan scam syarikat sama

Jangan terpedaya dengan pengiklanan yang mereka buat di laman web RyanAir, sebaliknya sila lakukan sewaan kereta dengan syarikat lain seperti Hertz, Avis, Sixt dan lain – lain.

Memang serius scam yang dilakukan syarikat ini sehinggakan media – media utama UK seperti BBC, The Guardian dan lain – lain turut melaporkan salah laku mereka.

Laporan BBC , Laporan The Guardian

Jadi; disebabkan pihak polis UK tak boleh ambil tindakan, apa yang kita boleh lakukan dari sini adalah sampaikan pada kawan – kawan dan kenalan yang akan ke UK atau Eropah untuk berhati – hati dengan syarikat Green Motion, jangan terkena ye!

Destination: