Tahniah Malaysia! Lebih 50 Peratus Populasi Dewasa Lengkap 2 Dos

TERKINI
August 19, 2021 - 05:20 PM


Ini ada satu khabar gembira buat rakyat Malaysia apabila separuh daripada keseluruhan golongan dewasa di negara kita telah menerima suntikan vaksinasi penuh, setakat ini!

Menurut perkongsian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) menerusi Twitter -- setakat 18 Ogos 2021 sebanyak 50.2% populasi dewasa Malaysia telah menerima suntikan vaksinasi penuh berjumlah 531,114 dos.

Manakala 75.3% populasi dewasa Malaysia telah direkodkan menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Hampir 30 juta dos vaksin telah diberikan di Malaysia.

Selangor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 12,000 dos bagi dos pertama dan lebih 96,000 dos kedua.

Ini diikuti Johor, dengan lebih 33,000 dos pertama manakala dos kedua pula melebihi 37,000.

Sabah juga mencatat angka memberangsangkan dengan lebih 27,000 dos pertama diberi manakala dos kedua pula melebihi 30,000.

Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 29,368,856 dos.

Ia sekaligus menandakan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran ditetapkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Destination: