Taj Mahal Bakal Dibuka Pada Waktu Malam Untuk Lawatan Pelancong

TERKINI
September 13, 2019 - 01:10 PM


Taj Mahal yang terletak di India merupakan salah satu tarikan pelancong dan destinasi pelancongan yang paling sibuk dengan kehadiran hampir 22,000 orang pengunjung setiap hari dan kadangkala ianya mencecah 50 ribu orang!

Walaupun sebelum ini ada undang – undang baru yang mana pelawat hanya diberikan masa 3 jam untuk berada di binaan ikonik berkenaan, pihak berkuasa India membuat keputusan untuk melanjutkan ‘waktu operasi’ Taj Mahal dan monument berkenaan akan dibuka selepas matahari terbenam.

Ini secara tidak langsung bakal menambah lagi bilangan pengunjung untuk ke sini selepas ini. Namun begitu, difahamkan yang pembukaan pada waktu malam ini dihadkan kepada 5 malam setiap bulan sahaja dan hanya 400 orang pelawat dibenarkan setiap hari.

Taj Mahal selepas ini boleh dilawati pada waktu malam dan ianya hanya akan dibuka pada hari bulan mengambang penuh, dua hari sebelum dan dua hari selepas. Maknanya, sekitar 13 hingga 17 haribulan (kalau ikut pengiraan kalendar peredaran bulan). Boleh rujum waktu penuh dan tepat dekat link bawah sekali ye. 

Bercakap tentang perubahan terbaru ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan India, Prahlad Singh Patel berkata keputusan ini dibuat berdasarkan permintaan yang tinggi supaya monument berkenaan dibuka pada waktu malam selain waktu operasi biasa iaitu dari 10 pagi hingga 6 petang.

Sekiranya diluluskan, selepas ini pelancong bolehlah melawat dan mengambil gambar suasana malam di Taj Mahal ni. Kalau nak diikutkan, lanjutan waktu melawat di Taj Mahal ini adalah salah satu daripada projek untuk melanjutkan waktu lawatan ke 10 tarikan menarik di India.

Harga lawatan malam adalah Rs. 750 (RM 44) dan tiada lawatan malam sepanjang bulan Ramadhan. 

Merupakan salah satu daripada ‘ 7 Keajaiban Dunia’, Taj Mahal yang dibina di bandar Agra oleh Shah Jahan ini menggunakan 20,000 tenaga kerja dan dianugerahkan status Tapak Warisan Dunia pada 1983.

Sumber : website | Taj Mahal

Destination: