Taj Mahal Tetap Dibuka Semula 21 Sept Ini, Walaupun India Catat Kes Harian Tertinggi Dunia

TERKINI
September 09, 2020 - 11:22 AM


Meskipun sejak Ogos, India melaporkan kes harian tertinggi di dunia -- namun itu tidak menghalang hasrat negara itu untuk membuka semula ikonik pelancongan bertaraf dunia yang dimiliki mereka iaitu Taj Mahal!

Ini kerana bermula 21 September depan, bangunan yang juga merupakan tapak warisan UNESCO itu akan menerima semula kunjungan pelancong.

Bagaimanapun, jumlah pengunjung bakal dihadkan kepada 5,000 orang sehari -- berkurangan daripada purata harian 20,000 dan semua protokol COVID-19 seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka topeng akan diwajibkan.

Salah satu daripada 7 keajaiban dunia itu telah ditutup sejak pertengahan Mac lalu sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan awal terhadap wabak COVID-19.

Taj Mahal terletak di Uttar Pradesh -- di mana ia adalah salah satu negeri yang paling teruk dilanda COVID-19 di India dengan lebih daripada 270,000 kes direkodkan setakat ini.

Ia menjadi kebimbangan seluruh rakyat India yang kini menyaksikan lebih 4.2 juta kes jangkitan COVID-19 setakat Isnin.

Malah, negara itu turut merekodkan 90,802 kes baharu, sekali gus menjadi negara kedua dengan kes tertinggi, mengatasi Brazil yang kini di tempat ketiga.

Sumber: Astro Awani

Destination: