Tak Jadi Buka 1 September, Sekolah Di Negeri Fasa 2 & 3 Beroperasi Semula 3 Okt Depan!

TERKINI
August 16, 2021 - 02:43 PM


Sebelum ini mengikut perancangan asal, sesi persekolahan secara bersemuka akan kembali dibuka pada 1 September 2021 -- namun disebabkan kebimbangan ramai orang terutama ibu bapa yang kurang bersetuju dengan keputusan itu, akhirnya Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menangguhkan pembukaan sekolah kepada tarikh baru iaitu 3 OKTOBER 2021.

Bagaimanapun, menurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pembukaan sekolah secara berperingkat itu hanya akan dilakukan kepada negeri-negeri Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sahaja.

Manakala sekolah-sekolah di negeri Fasa 1, pembukaan sekolah masih lagi tidak dibenarkan.

Malah, pembukaan sekolah itu juga akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.

Datuk Radzi berkata tarikh pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan selepas pihaknya meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan COVID-19 di seluruh negara.

Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira keselamatan para pelajar dan kebimbangan ibu bapa.

Ia dijelaskan beliau dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Facebooknya semalam (15 Ogos).

Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin & Kredit Gambar: Harian Metro

Destination: