Tak Serik Serik... Tajuddin Sekali Lagi Dikompaun Tidak Memakai Pelitup Muka
TERKINIPepatah berkata 'Sudah terhantuk, baru terngadah' yang membawa maksud apabila sudah ditimpa kesusahan, baru ingin beringat-ingat. Namun terang sekali dikompaun atas kesalahan tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam bukanlah satu kesusahan terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sekali lagi dikompaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di Parlimen, semalam.
Kertas siasatan terhadap Tajuddin dibuka terlebih dahulu selepas tular di Twitter di mana ramai mempersoalkan tindakan Tajuddin melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bertindak untuk tidak memakai pelitup muka di Parlimen.
Di dalam gambar yang tular tersebut, boleh dilihat bekas Pengerusi Prasarana Malaysia itu tidak memakai pelitup muka ketika sedang bersama seseorang di ruang legar Parlimen.
Orang ramai dinasihati agar sentiasa mematuhi SOP PKP yang wujud waktu kini bagi membendung penularan wabak pandemik yang semakin meningkat hari demi hari.