Tambah 6 Lagi Negeri Baru PKP Mulai Jumaat Ini! Hanya Sarawak Bebas PKP
TERKINIPenularan Covid-19 yang tidak berkesudahan memaksa lebih banyak negeri diletakkan di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 6 negeri baru lain yang turut dikenakan PKP bermula 22 Januari (Jumaat) sehingga 4 Februari 2021 ialah :-
1) Kedah
2) Perak
3) Negeri Sembilan
4) Pahang
5) Terengganu
6) Perlis
Ia sekali gus menjadikan seluruh negara berada dalam penguatkuasaan PKP kecuali negeri Sarawak.
Perkara itu diumum menerusi sidang media pada Selasa petang.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu mengumumkan PKP ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Ia turut melibatkan PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Malah, PKP Pemulihan (PKPP) pula dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.
Sumber: Mstar