"Sampai Terima Ugutan" - Alang's Rawa Resort Bakal Saman Influencer Yang Buat Kecaman!

TERKINI
August 21, 2023 - 01:37 PM


Jika pada minggu lepas -- kecoh apabila seorang Influencer dikenali sebagai Bella Khan berkongsi tentang pengalaman buruknya ketika menginap di salah sebuah resort di Pulau Rawa bersama rakan-rakannya seramai 15 orang.

Menurut Bella, dirinya berasa sangat kecewa memandangkan wang yang dibayar untuk percutian itu sehingga mencecah RM17 ribu adalah tidak setimpal dengan kualiti perkhidmatan serta fasiliti di resort berkenaan.

ARTIKEL TERDAHULU : "Bayar RM17K Tapi Macam Sampah" - Wanita Dakwa Pengurusan Sebuah Resort Di Pulau Rawa Teruk

RESPON PIHAK RESORT DI PULAU RAWA TENTANG ISU YANG BERLAKU

Sementara itu, menerusi posting di Instagram rasmi resort terbabit iaitu Alang's Rawa Resort -- pihak pengurusan resort didakwa tidak mahu mengambil perhatian tentang komen negatif yang diberikan oleh para tetamu mereka selain telah memadam reviu negatif negatif yang diterima.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram resort itu, mereka mendakwa influencer terbabit tidak menghantar surat aduan kepada pengurusan resort, tetapi pihak hotel telah berkomunikasi dengan mereka ketika tempoh penginapan.

Susulan kes terbabit, pihak resort telah meminta agar individu terlibat untuk membuat aduan menerusi e-mel.

“Sebelum membuat hantaran di media sosial, Norreen Iman dan Bella Khan atau mana-mana wakil mereka tidak pernah secara langsung membuat aduan kepada kami.  Terutamanya semasa mereka berada di resort kami. 

“Sepanjang penginapan mereka di resort kami, terdapat komunikasi langsung antara pengurusan kami dan mereka atas sebab-sebab yang mereka ketahui dan tidak didedahkan di sini.

“Oleh itu, tiada asas atau alasan boleh menghalang mereka daripada menyampaikan aduan mereka secara terus kepada kami,” tambah kenyataan itu lagi. 

TERIMA KECAMAN HEBAT DARI NETIZEN, RESORT BAKAL SAMAN INFLUENCER

Difahamkan, kesan daripada perkongsian dua individu terbabit, resort tersebut dikatakan telah mendapat cemuhan dan penghinaan daripada orang ramai.

Bukan itu sahaja, resort itu turut memaklumkan bahawa mereka mendapat ugutan bunuh ekoran kejadian itu.

Oleh disebabkan mendapat ugutan tersebut, pihak resort akhirnya telah membuat laporan polis dan memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang dikenali sebagai Noreen Iman dan Bella Khan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alang’s Rawa (@alangsrawa)

Destination: