"Bayar RM17K Tapi Macam Sampah" - Wanita Dakwa Pengurusan Sebuah Resort Di Pulau Rawa Teruk
TERKINITiba je waktu bercuti memang kita akan teruja untuk menginap di tempat-tempat yang best dan menyeronokkan. Ada yang pergi bercuti di tempat peranginan, bandar atau di pulau untuk luangkan masa berharga tersebut dengan keluarga.
Tapi yang jadi tak best-nya apabila resort yang ditempah tu sangat teruk dan boleh rosakkan keseluruhan percutian. Mestilah kita bayar jumlah yang sepatutnya untuk dapatkan perkhidmatan yang berbaloi.
Seperti wanita ini yang dikenali sebagai Bella Khan, telah menempah sebuah resort di Pulau Rawa dan mendapat servis yang sangat teruk. Dia dan kawannya menempah resort berkenaan di atas talian kerana rupa luaran sangat cantik.
Wehhh seram tengok igstory Bella Khann and group bayar RM17,000++ untuk percutian 2 Malam kat Pulau Rawa tapi service resort macam tu ππ
β π€Arif E.π€ (@arfdy12) August 13, 2023
Kalau ada complain siap delete komen dan off terus.
Siapa yang ada experience kat situ boleh share? Baru plan nak pergi resort tu πβ¦ pic.twitter.com/M9kPTpoHMk
"RM17K bayar for 15 orang. Dia cas per kepala tau bukan per bilik. Tapi dapat bilik macam hostel, bilik berbau dan tak jaga hygiene langsung!" luah Bella yang juga seorang influencer di media sosial.
Dia juga berkata walaupun pemandangan laut membiru dan bersih, servis dan pengurusan di resort tersebut sangat teruk dan menjejaskan segala view yang cantik tadi.
"Basic facilities yang dalam bilik semua tak ada macam kettle atau mini fridge dan juga tiada TV. Air bersih untuk mandi pun tak ada! Katanya underground water tapi gosok gigi, basuh muka dan mandi semua (rasa) masin weh" jelasnya di Instagram story.
Story Bella itu kemudiannya dikongsikan beberapa pengguna lain di media sosial dan terkejut dengan harga yang ditawarkan itu walaupun servis teruk. Walaupun banyak menerima bad review daripada tetamu, resort tersebut bertindak untuk delete comment sehingga menimbulkan lagi marah orang ramai.
"Kitorang jarang nak complain tau tapi ni macam melampau sangat. Baca kat TripAdvisor pun ramai cakap benda sama. Silap kitorang-lah tak baca review dulu sebelum pergi" ujar Bella kecewa.
Dalam masa yang sama, influencer, Norreen Iman juga menghadapi pengalaman buruk yang sama menginap di resort tersebut. Norreen meluahkan kecewa dengan staf resort berkenaan yang tidak menghormati pengunjung serta tidak menjaga kebersihan sehingga pepijat katil (bed bugs) menggigit badan beberapa rakannya.
Kata Norreen, dia dan rakannya adukan hal tersebut kepada staf resort berkenaan namun mendapat maklum balas yang sangat mengecewakan dengan mengatakan itu salah tetamu.
"Staf resort boleh panggil minta tolong angkat something dekat bilik sebelah untuk sediakan bilik guest lain. Alasan sebab dia tak larat nak angkat. Mana staf lelaki kau? Kenapa kami yang guest kena buat kerja staf kau pula?" soal Norreen yang sememangnya bengang dengan tindakan tidak profesional tersebut.
Dia yang dikenali ramai itu layankan saja sikap acuh tak acuh staf resort tersebut dan mengingatkan jangan sampai hilang hormat kepada dia dan pengunjung lain.
Perkongsian kedua-dua rakan influencer itu mendapat perhatian warganet dan ramai mengatakan benda yang sama terhadap layanan yang diterima daripada sebuah staf dan pengurusan resort di Pulau Rawa itu.