Tawau Bakal Dijadikan Sebagai Bandar Raya Pada 2020

TERKINI
November 27, 2019 - 10:11 AM


Bandar raya atau bandaraya biasanya merujuk kepada bandar besar dan penting. Selain itu ia mempunyai lebih daripada 100 ribu orang penduduk dan mungkin lebih. Status bandaraya ini sebenarnya berbeza mengikut kawasan dan ia akan diwartakan oleh kerajaan.

Di Malaysia, ada 14 bandar yang berstatus bandar raya iaitu ;

  1. Kuala Lumpur
  2. Ipoh
  3. Kuching
  4. Johor Bahru
  5. Kota Kinabalu
  6. Shah Alam
  7. Bandaraya Melaka
  8. Alor Setar
  9. Miri
  10. Petaling Jaya
  11. Kuala Terengganu
  12. George Town
  13. Iskandar Puteri
  14. Seberang Perai

Secara umum, sebuah bandar boleh dikategorikan sebagai bandar raya sekiranya mempunyai 100,000 oenduduk dan lazimnya mempunyai sistem saliran, pengangkutan, utiliti, perumahan serta penggunaan tanah yang cekap.

Seiring dengan perpindahan ibu negara Indonesia ke wilayah Kalimantan Timur, Tawau bakal diangkat menjadi sebuah bandar raya dan ianya bakal berlaku pada tahun 2020.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, Tawau perlu bersedia dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menjadi Majlis Bandaraya Tawau. Pihak kerajaan yakin dengan hal ini setelah melihat pelbagai potensi bandar Tawau untuk terus membangun dan maju.

Selari dengan perpindahan status ini, pelbagai kerja menaiktaraf infrastruktur serta khidmat pihak berkuasa akan dilakukan di Tawau.

Potensi untuk menjadikan Tawau sebagai bandar raya pintar juga ada, tambah Zuraida. Ini boleh dilakukan dengan kerjasama pintar daripada pelabur luar.

Destination: