[VIDEO] "Takde Sivik Punya Orang!" - Lelaki Selamba Letak Anjing Dalam Troli Pasar Raya

TERKINI
November 21, 2023 - 01:00 PM


Tindakan seorang pelanggan meletakkan anjing di dalam troli di sebuah pasar raya di Tawau, Sabah --mengundang kritikan selepas rakaman video memaparkan perbuatan individu itu tular di TikTok.

@julpinjalaludin_7073 #thinkpositive_bepositive🥰 #tiktokmalaysia🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 #malaysiamadani ♬ original sound - julpin

Pasar raya itu menerusi hantaran di Facebook berkata, pengawal keselamatan bertindak pantas menahan pelanggan terbabit dan menegurnya di kawasan parkir sebelum memasuki premis.

"Troli itu sudah pun diasingkan dan dibawa ke belakang bangunan untuk dilupuskan juga (tidak digunakan)," katanya dalam hantaran itu.

Menerusi hantaran lain hari ini, syarikat berkenaan memaklumkan pihak pengurusan dan kakitangannya juga sudah menyertu semua troli di pasar raya itu.

"Pagi ini, pengurusan dan kakitangan sudah menjalankan kerja sertu atau samak dan pembersihan semua troli pasar raya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan keprihatinan kepada kami," katanya.

Meninjau di ruangan komen di TikTok, ramai memuji tindakan pantas dibuat pasar raya itu demi kesejahteraan dan keselesaan semua pihak.

 

Destination: