Tempah Bilik Murah Di Bali, Rupanya Hotel Sedang Dalam Proses Renovasi

TERKINI
November 18, 2019 - 12:45 PM


Pasangan dari Australia ternyata terkejut selepas keduanya ditinggalkan oleh ‘pemilik’ hotel di Bali selepas mendaftar masuk di hotel berkenaan.

Gambar Hiasan

Erica Shaw dan suaminya Garry menyangka mereka berjaya mendapat tawaran terbaik dengan penginapan beharga hanya $35 satu malam (RM145) di Nusa Lembongan minggu lalu.

Selepas dibawa ke bilik oleh pemilik berkenaan, pasangan suami isteri tersebut terus ke pantai dan selepas 6 jam, mereka pulang ke hotel dan ternyata terkejut kerana hotel berkenaan telah ‘dikosongkan’ dan mendapati hotel berkenaan ditutup untuk tujuan renovasi.

Gambar Hiasan

Menurut mangsa, mereka gagal mendapatkan ‘pemilik’ hotel, restoran serta pejabat hotel berkenaan juga tutup dan mereka diberitahu bahawa hotel berkenaan sebenarnya ditutup sebaik sahaja mahu membuat pembayaran.

Menurut posting di Facebook mangsa, ternyata bilik mereka tidak dibersihkan sebelum ini dan kelihatan seperti ada tetamu lain di bilik mereka.

Walaupun berjaya menghubungi ‘pemilik’ hotel yang berada di Denpasar, penutupan hotel berkenaan bermaksud mereka perlu mencari penginapan lain.

Sumber : AU News


Update - Kami berjaya hubungi pasangan berkenaan pada Isnin, 12.57 tengah hari. Malangnya, cerita mereka sebenarnya telah diputar belit oleh media Australia. 

Menurut Erica, mereka bukan di'scam' seperti yang didakwa. 

Berikut adalah penjelasan Erika :

We have not been scammed 🤦‍♀️..and you may not use the story..the original version is the truth..not what the media wrote..which is very twisted and for them to steel my personal fb photos is not cool..everything was eventually sorted and our vacation was not ruined 😠😠..not happy with false news..but that’s media 🤦‍♀️..do not re use false news...this is not a personal attack on you though..have a good day..I would like to continue our vacation..which has been great

 

p/s : apa- apa pun; berhati – hatilah dengan taktik licik scammer terutamanya di destinasi pelancongan.

- Kami telah menurunkan gambar asal selepas berjaya hubungi Erica dan kami gantikan dengan gambar berkaitan ;)

Destination: