Terkini : Australia Negara Paling Panas Di Dunia

PANAS
December 23, 2019 - 11:25 AM


Sebuah peta cuaca dunia telah mendedahkan fakta terkini menunjukkan suhu di kesemua stesyen kaji cuaca seluruh dunia. Menurut peta suhu geografi yang dipaparkan di Windy.com, peta di seluruh Australia menunjukkan warna merah gelap yang bermaksud suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Keseluruhan Australia sekarang ini mencatatkan suhu melebihi 40 darjah Celsius kecuali di beberapa tempat seperti Tasmania dan kawasan Australia Barat.

Infografik yang dipaparkan menunjukkan kawasan hemisfera utara bumi sedang membeku sepanjang musim sejuk yang diwarnakan dengan warna ungu dan biru.

Gelombang panas yang dialami Australia ini terjadi disebabkan suhu Lautan India yang sedang meningkat naik dan secara tak lansung meniup udara panas di Australia.

Sementara itu, Malaysia yang dikatakan sedang ‘mengalami musim sejuk’ mencatatkan suhu dibawah 30 darjah Celcius dan menurut data, purata suhu di Malaysia berada pada tahap 26 darjah Celsius.

;