Terpengaruh Dengan K-Drama Punca Kes Remaja Bunuh Diri?

TERKINI
October 15, 2021 - 10:32 AM


Macam yang kita tahu, gelombong Korea atau K-Wave semakin mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Setiap aspek hiburan seperti nyanyian, filem ataupun siri semakin mendapat tempat di kalangan penonton.

Drama Korea (K-Drama) selalu menjadi pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia pada masa kini terutamanya dalam kalangan remaja. Ia dikatakan kerana kebanyakan K-Drama mengandungi hiburan yang pelbagai

Isu K-Drama menjadi salah satu punca kes bunuh diri dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya remaja, telah dibangkitkan Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Turut menambah semasa mencelah perbahasan Fadhlina Sidek, beliau bertanya kepada ahli sidang parlimen yang lain adakah mereka bersetuju dengan pernyataan yang dibuat. Hal ini kerana, katanya terdapat K-Drama yang mempunyai unsur-unsur bunuh diri apabila menemui kegagalan dalam hidup.

Fadhlina Sidek yang juga merupakan seorang aktivis kesihatan mental turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana katanya terdapat banyak faktor kes bunuh diri dalam kalangan remaja.

Menurut Harian Metro Fadhlina berkata media memainkan peranan yang sangat penting dalam melaporkan kes bunuh diri secara beretika. Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai kepentingan perlindungan sosial kepada golongan bawah umur kerana mereka tergolong dalam golongan umur rentan.

Destination: