"Tiada Bodyguard, Tiada Gaji" Bekas Menteri Wilayah Kini Sukarelawan Prihatin
TERKINISemalam, Perdana Menteri Malaysia ke-8 mengumumkan perletakkan jawatan beliau, dan sekaligus terbubarnya kabinet menteri yang sedia ada.
Hari ini, tampil bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan sebuah hantaran di Twitter yang 'sedih' dengan kapsyen, "Tiada lagi pemandu, tiada lagi pengawal peribadi, tiada lagi gaji, ke semua yang ada sebelum ini hanyalah pinjaman.. Seterusnya? Berkhidmat untuk rakyat seperti biasa. Saya telah mendaftar sebagai sukarelawan Prihatin. Saya akan terus membantu golongan miskin, gelandangan, dan mereka yang memerlukan, Esok saya mula Insyaallah."
Yes,no more riders,no more bodyguard, no more gaji,nothing but to me those were all "on loan"..what's next?serve the rakyat as usual.I hv registered my self as Prihatin Volunteer.I want to continue helping the poor,gelandangan n those in needs..Esok saya mula Insyaallah pic.twitter.com/GYEFAEWmpm
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) August 16, 2021
GAJI AHLI PARLIMEN BUKAN GAJI?
Hantaran tersebut telah mendapat reaksi netizen, dan ramai yang hampa dengan hantaran tersebut dan mempersoalkan elaun beliau yang berkhidmat sebagai seorang Ahli Parlimen Ketereh, bukankah itu gaji juga?
No more gaji???
— Haziq Mazlan (@haziqwerty) August 16, 2021
YB masih lagi Ahli Parlimen Ketereh. Masih lagi dapat gaji Ahli Parlimen.
Cuma tak dapat gaji Menteri Wilayah je kan?
Ade rakyat langsung takde gaji hilang kerja angkara #KerajaanGagal
Ada yang turut berpendapat bahawa Annuar sepatutnya pulang ke Ketereh untuk berkhidmat di sana, kerana Wilayah Persekutuan turut tersedia dengan Ahli Parlimen yang tersendiri.
No more gaji? Abih tu gaji MP ketereh tak masuk ke? Ah sudah. Hahahha. YB, pergi balik kawasan, berkihdmat kepada mereka. Tangungjawab yb kepada mereka lebih utama. KL ada YB mereka sendiri.
— Shafwan Shukor 🇲🇾 (@shafwanshukor) August 16, 2021
Apa pendapat korang?