[VIDEO] "Wow, Cantiknya" - Ramai Puji Bekas Menteri Rina Harun Makin Runcing Dagu

TERKINI
July 21, 2023 - 01:28 PM


Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun kembali menarik perhatian netizen menerusi penampilan raut wajahnya yang semakin runcing.

Muncul di media sosial memberikan ucapan sempena sambutan Awal Muharam pada 19 Julai lepas, netizen memuji sedikit perubahan di wajahnya terutama di bahagian dagu berbanding sebelum ini.

Ramai juga yang kagum dengan penampilan Rina kerana dilihat semakin cantik sama seperti di awal kemunculannya bersama imej baharu.

Namun ada juga merasakan Ketua Srikandi Bersatu itu sedikit berisi berbanding sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.

Rina pernah mendapat perhatian apabila berjaya menurunkan berat badan sehingga kelihatan semakin muda dan cantik.

Rina merupakan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa. Namun, pada PRU14, beliau yang bertanding di Parlimen Sepang telah kalah kepada calon daripada Pakatan Harapan.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: