Tiada Gelombang Kedua Banjir - MET Malaysia
TERKINITiada gelombang kedua banjir dijangkakan berlaku pada masa terdekat ekoran ramalan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di pantai timur Semenanjung adalah rendah.
Jabatan Meteorologi memaklumkan, Luruan Monsun yang diramalkan berlaku pada 27-29 Disember ini dengan kebarangkalian untuk berlaku hujan berterusan di pantai timur Semenanjung adalah rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah.
Namun, hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah timur dan Sarawak barat dalam tempoh tersebut.
๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ง๐๐ ๐ฃ๐ข๐ ๐ฎ๐ฏ - ๐ฎ๐ต ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ญ.#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/3K02N31RcY
โ Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 22, 2021
Menurut jabatan itu, ramalan berkenaan berdasarkan analisis model European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF), Global Forecast System (GFS) dan METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD WRF).
โBerdasarkan analisis model itu, meramalkan berlaku luruan monsun pada 27-29 Disember dengan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di pantai timur Semenanjung adalah rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah. Namun, hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah timur dan Sarawak barat dalam tempoh tersebut.
โAngin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26-29 Disember 2021.
โOrang awam dinasihatkan merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dan sentiasa peka dengan maklumat terkini dan berwaspada,โ kata kenyataan jabatan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi memaklumkan Luruan Monsun adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
โKita terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan dan amaran ribut petir bila keadaan perlu,โ kata kenyataan itu.
Sumber: UTUSAN ONLINE & Kredit Cover Photo: Aeman Khalid