Tiada Lagi PT3 Mulai Tahun Ini!

TERKINI
June 02, 2022 - 05:15 PM


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai tahun ini dan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia merangkumi tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

"Dari segi penambahbaikan PBD Pentaksiran Formatif (berterusan), kita akan memperkasa program latihan untuk pentadbir atau guru bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan di sekolah.

"Manakala penambahbaikan PBD Pentaksiran Sumatif, kita akan memantapkan ujian akhir sesi akademik bagi lima mata pelajaran terpilih di peringkat sekolah rendah dan semua mata pelajaran di peringkat menengah rendah melalui pentaksiran mengikut tahun atau tingkatan, penyediaan bank soalan oleh KPM, penjanaan set soalan oleh guru di sekolah dan pelaksanaan yang lebih fleksibel," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Destination: