Tiada Perikemanusiaan! Lelaki Tendang & Baling Bata Ke Arah Kucing!

TERKINI
June 20, 2022 - 03:21 PM


Dah 2023, masih ada lagi manusia yang tiada langusung empati atau lebih teruk lagi perkemanusiaan. Tular satu video di media sosial dimana terlihat seorang lelaki yang sepertinya ingin memberi makan kepada kucing-kucing jalanan. 

Namun, sangkaan tersebut ternyata meleset. Tanpa sebarang sebab yang munasabah lelaki tersebut dilihat menendang kepala kucing tersebut. Yang lebih mengejutkan, beliau tidak berhenti setakat itu sahaja.

Klip video yang seterusnya juga menunjukkan lelaki tersebut mengguna SOP yang sama dengan mengumpan kucing dengan makanan. Namun kali ini lebih mengejutkan! Lelaki tersebut dilihat membaling satu objek yang dipercayai batu-bata ke arah kucing tersebut.

Allah SWT telah menetapkan prinsip ihsan dalam setiap perkara. Sabda Nabi SAW:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูƒูŽุชูŽุจูŽ ุงู„ุฅูุญู’ุณูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽู‰ู’ุกู ููŽุฅูุฐูŽุง ู‚ูŽุชูŽู„ู’ุชูู…ู’ ููŽุฃูŽุญู’ุณูู†ููˆุง ุงู„ู’ู‚ูุชู’ู„ูŽุฉูŽ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฐูŽุจูŽุญู’ุชูู…ู’ ููŽุฃูŽุญู’ุณูู†ููˆุง ุงู„ุฐู‘ูŽุจู’ุญูŽ ูˆูŽู„ู’ูŠูุญูุฏู‘ูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุดูŽูู’ุฑูŽุชูŽู‡ู ููŽู„ู’ูŠูุฑูุญู’ ุฐูŽุจููŠุญูŽุชูŽู‡ู โ€"

MaksudnyaSesungguhnya Allah SWT telah menetapkan โ€˜al-Ihsanโ€™ ke atas setiap perkata, maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan sebaik-baiknya, dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan sebaik-baiknya. Hendaklah kalian tajamkan pisau supaya binatang disembelih mati dengan lebih cepat dan mudah.

Sahih Muslim (1955)

Sumber: muftiwp.gov.my

Pelbagai banyak lagi hadis sahih yang menyeru kita untuk bersikap ihsan terhadap haiwan. Marilah kita sama-sama contohi amalan baik yang sedang dilakukan banyak pihak pada masa sekarang yang menolong merawat, memberi makan minum serta menjaga binatang-binatang terbiar

Update terkini dari pengguna Facebook Muhammad Afiq menyatakan bahawa beliau telah ditangkap oleh polis.

Destination: