Tony Fernandes 'Belanja' Beberapa Gambar Awal Teksi Udara AirAsia!

TERKINI
June 14, 2022 - 03:06 PM


Kalau korang ingat pada pertengahan Februari lalu, AirAsia telah menandatangani memorandum persefahaman tanpa perjanjian dalam menyediakan perkhidmatan teksi udara yang diberi nama AirAsia Ride.

Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes belanja beberapa keping gambar di mana beliau dan pasukannya melawat ibu pejabat Vertical Aerospace.

Kelihatan Tony bergambar dengan pengasas syarikat penerbangan elektrik berpengkalan di UK, Stephen Fitzpatrick, di hadapan salah satu pesawat VX4 eVTOL buatan Vertical Aerospace.

Tambah Tony lagi, ‘teksi udara elektrik’ bakal menjadi produk terbaharu AirAsia yang boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia SuperApp dan AirAsia Ride apabila perkhidmatannya sudah sedia beroperasi nanti.

“KLIA 2 ke pusat bandar Kuala Lumpur cuma mengambil masa 17 minit. Manakala dari Lapangan Terbang Bangkok ke pusat bandar Bangkok pula memerlukan 11 minit sahaja,” kata Tony 

Destination: