Tun Mahathir Mengaku Silap Sertai Himpunan Blok Pembangkang

TERKINI
August 03, 2021 - 07:26 PM


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui melakukan kesilapan apabila menyertai perhimpunan membantah penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen di Dataran Merdeka yang berlaku semalam. 

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, perhimpunan seumpama itu tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan negara masih berhadapan dengan kadar jangkitan harian yang tinggi tatkala pandemik. Tegas beliau, perhimpunan sedemikian boleh dilaksanakan secara dalam talian tanpa perlu bersemuka.

Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 itu turut mengambil inisiatif melakukan ujian saringan selepas menyedari risiko selepas menghadiri perhimpunan tersebut dan hasil ujian adalah negatif. 

Terdahulu, seramai 107 ahli pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka bagi bagi tujuan protes terhadap kerajaan berikutan penutupan sesi sidang parlimen. Bagaimanapun, hasrat mereka untuk berarak menuju ke bangunan parlimen telah dihalang pihak polis.