UNESCO Iktiraf Silat Sebagai Khazanah Warisan Negara

TERKINI
December 13, 2019 - 10:53 AM


Seni mempertahankan diri tradisional melayu, Silat, berjaya disenaraikan dibawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO. Secara tidak langsung, seni mempertahankan diri ini tidak lagi boleh 'diclaim' oleh Indonesia sebagai milik mereka. 

Pengiktirafan ini diberikan kepada Malaysia semasa persidangan mesyuarat sesi ke – 14 yang berlangsung di Bogota, Colombia yang dijangka berakhir esok.

Menurut kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata; penyenaraian di peringkat UNESCO ini merupakan pengiktirafan bertaraf dunia ke atas satu daripada khazanah warisan negara bagi warisan kebudayaan tidak ketara.

Secara tidak langsung, ini memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi salah satu daripada seni mempertahankan diri yang juga sinonim dengan masyarakat kita iaitu silat.

Delegasi Malaysia ke persidangan itu diketuai Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Mesran Mohd Yusop dan turut disertai antaranya Timbalan Perwakilan Tetap Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke UNESCO Zuraini Abidin selain turut dihadiri Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.