Oca Sdn Bhd, PESAKA Bekerjasama Promosikan Pelancongan Malaysia Melalui Silat

VIRAL
April 05, 2019 - 05:13 PM


Sebuah memorandum kesefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh Oca Sdn Bhd dan Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) dalam mewujudkan kerjasama seterusnya mempromosikan industri pelancongan di Malaysia melalui Silat.

Menerusi inovasi terbaru Oca Sdn. Bhd yang dikenali sebagai SmartOca, ia menjanjikan itenary percutian yang dilabelkan sebagai ‘Smartest Itenerary’.

Oca ditubuhkan pada November 2018 dan mempunyai misi untuk membantu mengetengahkan lagi selain memberi pendedahan kepada masyarakat serta pelancong asing yang ke sini tentang seni warisan negara iaitu Silat.

“Kolaborasi ini menandakan sebuah lagi kejayaan dalam visi PESAKA selepas Silat diumumkan dan diputuskan sebagai banteng ketiga pertahanan negara” kata Presiden PESAKA, Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Selain silat, pihak OCA sedang mengumpulkan banyak lagi produk-produk tempatan yang boleh diketengahkan sebagai daya tarikan kepada pelancong.

SmartOca dalam masa yang sama bakal dilancarkan ke pasaran tidak lama lagi.

Info lanjut, boleh ke www.withlocalhost.com

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video