Ustaz Abu Syafiq Mengaku Dirinya Tidak Divaksin, Bawa Pelancong Ke Arab Saudi Tanpa Vaksin
TERKINIBaru baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa terdapat jemaah umrah dari Malaysia yang pulang ke tanah air disahkan positif Covid-19 varian Omicron dan yang lebih mengejutkan pelbagai pihak terdapat segelintir dari mereka tidak divaksinasi.
Kita semua sudah sedia maklum bahawa jika hendak terbang ke luar negara, kita perlu patuhi SOP yang sedia ada seperti telah lengkap vaksinasi. KKM telah menyatakan secara terang dan nyata. Dalam masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri juga turut mengaku kesilapan mereka mengenai kes ini.
Ketika ini kes ini masih di dalam siasatan, namun yang lebih mengejutkan apabila seorang Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq tampil membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan bahawa dirinya adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksinasi itu ke tanah suci menerusi Instagram miliknya. Bahkan, dia juga mengaku bahawa dirinya tidak divaksinasi.