Vaksin Sinovac Diluluskan KKM Kepada Remaja Atas 12 Tahun.

TERKINI
October 01, 2021 - 05:07 PM


Kerajaan kini sedang aktif memberi vaksin kepada remaja-remaja yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun sebelum sesi persekolahan tahun 2022 bermula. Ini bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan dan mengikuti sekolah harian seperti biasa dalam keadaan yang selamat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi mengumumkan penggunaan vaksin CoronaVc keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd. China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd telah dibenarkan untuk diberikan kepada remaja berumur 12 tahun dan ke atas.

Ianya telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-364 yang bersidang sebentar tadi dengan kelulusan bersyarat. PBKD menyarankan penggunaan Sinovac dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun buat masa ini diutamakan kepada remaja tanpa komorbiditi dan yang menghidapi masalah alahan atau tidak sesuai untuk menerima vaksin Comirnaty. Selepas vaksin Comirnaty, keluaran Pfizer BioNtech diluluskan pada jun lepas, ini merupakan vaksin covid-19 kedua yang dibenarkan untuk penggunaan bagi golongan remaja.

Destination: