Wow, Betul Ke Industri Penerbangan Kita Kembali Normal Tahun Depan?

TERKINI
June 21, 2021 - 01:04 PM


Seperti yang kita sedia tahu, Malaysia kini sedang menjalankan Pelan Pemulihan Negara yang mempunyai 4 Fasa.

Jangkaan untuk kita dapat kembali melancong dan rentas negeri adalah pada fasa terakhir iaitu Fasa 4 yang disasarkan bakal berlaku pada November atau Disember ini.

Oleh itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menjangkakan industri penerbangan bakal kembali normal pada tahun 2022 dengan pembukaan semula secara berperingkat perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa.

Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan, sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen yang diperlukan untuk tujuan perjalanan.

"Saya rasa itu akan dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila kita membenarkan perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa,” kata beliau dalam satu Webinar yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Bernama
 

Destination: