Wow! Polisi Baru China Kini Benarkan Pasangan Miliki 3 Anak
TERKINIPembaca Rileklah, kalau korang membesar dengan adik-beradik, dan korang sangat rapat, mesti korang tak dapat nak bayangkan macam mana bosannya hidup menjadi anak tunggal, sorang-sorang je, kalau mak ayah dua-dua kerja, lagi lah.
Tapi, itulah realiti anak-anak di China yang pernah mempunyai polisi satu pasangan satu anak sahaja untuk mengawal populasi penduduk di negara ketiga paling besar di dunia itu. Pada 2016, polisi tersebut digubal menjadi satu pasangan, dua anak. Lega dah ibu bapa pada masa tu, anak-anak dah ada kawan dah generasi keluarga juga akan semakin membesar, dan bertambah meriah.
Terkini, China mengumumkan yang negara tersebut kini membenarkan pasangan untuk memiliki sehingga 3 anak, selepas data mendapati bahawa kadar kelahiran di negara tersebut semakin merudum, dan bakal menjejaskan kadar populasi mereka pada masa hadapan.
Antara penyebab kepada kadar kelahiran yang semakin menurun adalah kerana kos sara hidup yang sangat tinggi di sana yang memberi beban kepada pasangan walaupun ingin memiliki hanya satu cahaya mata.
Keputusan terbaru yang mengubah polisi kepada 3 anak satu pasangan itu dibuat bagi memulihkan semula struktur populasi negara tersebut, tapi sebenarnya ramai di China yang merasakan perkara tersebut sesuatu yang sia-sia kerana polisi itu hanya memberi keistimewaan kepada mereka yang berkemampuan.
Menurut penduduk di sana, sekiranya polisi lebih ramai anak mampu meningkatkan kadar kelahiran di sana, polisi 2016 satu pasangan 2 anak sepatutnya sudah menunjukkan perubahan yang efektif, namun ianya tidak berlaku.
Sekian lama anak-anak di China membesar keseorangan, dan polisi terbaru yang disasarkan untuk mengubah keadaan tersebut nampaknya tak dapat nak memberikan senyuman kepada penduduk di sana.