250 Menu Iftar! Bukan Biasa-Biasa Bufet Ramadan Cyberview Resort & Spa Sempena Jubli Perak 25 Tahunnya

PILIHAN EDITOR
April 14, 2023 - 05:03 PM


Tampil sebagai satu-satunya dan resort pertama yang dibina di bandar pintar Cyberjaya, siapa sangka tahun ini Cyberview Resort & Spa telah menginjak usia 25 tahun lamanya!

Bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 tahun itu, Cyberview Resort & Spa untuk Ramadan kali ini membawakan menu buffet berbuka puasa sebanyak 250 jenis! Banyak giler kan!!

Dengan harga RM148 seorang, RM98 untuk warga emas dan RM78 bagi kanak-kanak -- korang dapat menikmati beratus jenis makanan serta minuman yang semuanya sedap-sedap belaka.

Kalau iftar di sini korang jangan lupa untuk mencuba hidangan istimewa mereka seperti Chicken 25, Gulai Kawah 25, Asam Pedas Johor, Rojak Asma Johor, Aiskrim 25 dan paling best yang min suka adalah Durian Goreng dia -- memang padu dan sedap sangat, sampai 5 ketul min balun sorang! Hehehe....

Bertemakan Warisan Rasa ke 25, Cyberview Resort & Spa juga turut menyediakan gerai masakan secara langsung di mana anda hanya perlu pilih bahan yang diinginkan dan chef bertugas akan memasaknya di hadapan anda secara panas-panas. Layan, kan! 

Disebabkan Cyberview ini merupakan sebuah butik resort yang bertaraf 5 bintang, jadi jika korang iftar di sini bersama keluarga dan rakan-rakan, disarankan anda datang lebih awal dari waktu berbuka kerana kawasan resort ini sangat cantik dan luas serta mempunyai kolam renang yang besar dengan tiga peringkat aliran air.

Memang santai dan sejuk sangat jalan-jalan petang di sekeliling resort yang menghijau sambil menunggu azan Maghrib berkumandang.

Paling min suka apabila masuk saja ke lobi Cyberview Resort & Spa ini, jiwa terus rasa tenang je dan tiba-tiba mood rasa best macam nak pergi bercuti sebab terhidu bau spa favorite min iaitu bunga Jasmine. Terus hilang stress! Hahaha....

Berbalik kepada menu buffet Ramadan sebanyak 250 jenis makanan yang majoritinya adalah hidangan tradisional Melayu, korang pastikan cuba juga Kambing Golek mereka memang korang takkan rasa menyesal.

Kalau nakkan kelainan sedikit untuk buka puasa korang boleh juga cuba Salmon Asam Pedas. Boleh tahan rasanya, lagi lazat kalau dimakan bersama nasi putih dan ulam-ulaman kampung.

Di sini korang jangan risau nak solat Maghrib kerana surau ada disediakan dan dekorasi lampu-lampu berkelipan pun sangat cantik di sepanjang Verandah untuk korang jadikan background bergambar kenangan sebelum balik.



Jadi tunggu apa lagi berbaki seminggu lagi ni, rasanya masih sempat kalau korang nak merasa pengalaman berbuka puasa dengan 250 menu di resort percutian Cyberview ini.

Untuk booking:

BUFFET WARISAN RASA ke-25 @ Verandah

(23 March - 21 April 2023)

✨RM148 Nett (Dewasa)

✨RM78 Nett (Kanak-Kanak 4 -12 Tahun)

✨RM98 Nett (Warga Emas Lebih 60 Tahun)

www.wasap.my/60193528660/HotelBuffetMalaysiaPromotion

 

Destination: