Lebih Selamat Dan Lebih Jimat, Ini Cara Pesan Makanan Secara Online Untuk Korang!

GAYA HIDUP
January 19, 2021 - 03:26 PM


Nampaknya kita kembali bekerja dari rumah kan? Kebiasaannya bila kita mula work from home masalah utama untuk mengharungi kerja dengan cemerlang adalah suasana bekerja yang tidak begitu selesa, bagi mereka yang sudah biasa dan telah pun menyediakan mini office di rumah good for you. Satu lagi masalah yang ramai lalui dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) adalah kewangan dan juga sentiasa nak mengunyah kan? 

Bagi mereka yang nak jimat dan kekal selamat di musim pandemik ini jangan risau Domino's Pizza kini kembali dengan tawaran yang cukup hebat bukan sahaja untuk anda, malah untuk keluarga dan kawan-kawan korang sekali. Menikmati hidangan yang lazat dan enak daripada Domino's Pizza bersama yang tersayang pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan dan merakam saat-saat manis bersama.

Bukan itu sahaja, Domino’s Jimat Setiap Hari kali ini hadir dengan lebih banyak pilihan, “Kini Lebih Pilihan Percuma” dan nilai yang lebih hebat, lebih murah, serta lebih JIMAT. Promosi ini menunjukkan Domino's Pizza begitu prihatin kepada mereka yang rata-rata agak terkesan dengan perubahan ekonomi sekarang, dengan itu Domino's Pizza memberikan 5 tawaran hebat ini untuk anda, keluarga dan kawan-kawan. Dapatkan segera dengan hanya Pandu Ambil, ataupun pesan secara online untuk dapatkan penghantaran secara percuma.

Jom kita tengok 5 Promosi hebat dari Domino’s Jimat Setiap Hari yang korang tak boleh lepaskan kerana ianya terlalu awesome. 

1. Personal Piza Hanya Dengan RM5!

Bagi mereka yang masih lagi berada di perantauan, jauh dari keluarga dan kawan-kawan, jangan risau ada tawaran khas untuk anda juga. Maklumlah dengan penjarakan fizikal yang diamalkan ketika ini, lebih elok berjauhan buat seketika.

Dengan hanya serendah RM5 sahaja korang sudah boleh dapatkan piza untuk diri sendiri. Saiz yang sesuai untuk hidangan buat seorang pastinya dapat membantu mereka dalam merancang perbelanjaan harian dengan lebih jimat.

2. Diskaun 50% Untuk Piza Bersaiz Regular, Large dan Xtra Large

Dengan Jimat Setiap Hari ini juga korang boleh dapatkan piza bersaiz Regular, Large atau Xtra Large bersama diskaun 50% jika menggunakan Pandu Ambil. Lebih jimat bukan?

3. Pandu Ambil Jer, Lebih Senang, Jimatkan Masa dan Dapat Pelbagai Promo Lagi

Untuk dapatkan 2 promosi hebat RM5 untuk personal piza dan diskaun 50% untuk sebarang saiz piza korang kena gunakan cara Pandu Ambil sahaja ataupun take-away service

Macam mana nak Pandu Ambil ni? Ala senang jer ikuti 5 langkah mudah seperti di bawah ni:

  • Step1: Order online di aplikasi atau website Domino’s
  • Step 2: Pilih take away dan juga Pilih Domino’s Pandu Ambil.
  • Step 3: Jangan lupa untuk isikan butiran kereta!
  • Step 4: Dan bila dah sampai korang tekan je “I’m here”!
  • Step 5: Duduk saja di dalam kenderaan anda dan tunggu sehingga Abang Domino's menghantar piza ke kereta anda! Jangan bimbang, tiada sebarang komunikasi / sentuhan diperlukan.

4. Jimat Setiap Hari Beli 1 Percuma 2

Apalah ertinya hidup kita tanpa keluarga dan kawan-kawan di sisi kan? Tanpa mereka suramlah hari-hari untuk kita jalani. Jadi inilah masanya untuk kukuhkan lagi hubungan yang terjalin dengan hidangan piza bersama perisa kegemaran korang dan korang juga akan dapat 2 lagi hidangan percuma, sama ada piza ataupun hidangan sampingan untuk mereka yang tersayang.

Jangan risau disebabkan Jimat Setiap Hari datang bersama "lebih pilihan percuma“, anda boleh dapatkan pelbagai perisa seperti Classified Chicken, Meatsauraus, Beef Pepperoni dan banyak lagi.

Dapatkan promosi beli 1 percuma 2 ini dengan pembelian mana-mana piza bersaiz Regular, Large atau Xtra Large dari Set Me, Myself & I, Set Aku & Dia dan Set Geng dan automatik korang akan dapat 2 hidangan sampingan percuma.

5. Penghantaran Percuma!

Bagi korang yang memilih untuk Jimat Setiap Hari Promo ini, korang boleh dapat lagi penghantaran percuma dengan setiap pesanan piza Jimat Setiap Hari Beli 1 Percuma 2. FREE DELIVERY okay! 

Sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan 2, bolehlah jika korang nak ambil kesempatan mencuba servis Pandu Ambil dari Domino's dan juga penghantaran percuma. Kita jaga kita, dengan servis Pandu Ambil korang hanya perlu buat tempahan secara online dan pandu ambil piza tanpa perlu keluar dari kereta, dengan itu diharapkan ianya dapat mengelakan dari penyebaran pandemik...

Khas Buat Peminat Durian

Dengan setiap pembelian Jimat Setiap Hari Beli 1 Percuma 2, korang boleh upgrade Bread side, Banana Kaya desert atau Chocolate Lava Cake kepada DURIAN LAVA CAKE (Eksklusif Durian D24) hanya dari RM4.90.

Ini mungkin satu berita gembira buat peminat tegar Raja Buah kerana walaupun mungkin ketika ini bukan musim durian, namun Domino's tetap membawakan kepada anda Domino's Durian Lava Cake yang anda boleh nikmati dengan penghantaran PERCUMA Domino's terus ke depan pintu rumah anda.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati rasa kelazatan sebenar durian D24 sebagai pencuci mulut eksklusif menerusi Domino's Durian Lava Cake yang boleh anda nikmati ketika duduk di rumah bersama keluarga dan insan tersayang.

Rebut tawaran istimewa ini dengan segera kerana Domino's Durian Lava Cake hanya  boleh didapati di Semenanjung Malaysia untuk sementara waktu sahaja.

Untuk matlumat lanjut anda boleh terus pautan rasmi Domino's Pizza dan juga laman sosial mereka.